Sunday, December 27, 2009

Anak Yang PENAKUT


Anak saya sangat timid-penakut,pemalu dan tidak mahu bercampur dengan orang lain.Hadi sekarang berumur 10 tahun,dan sedang menuntut didarjah empat,disebuah sekolah rendah.Kerja sekolahnya bolehlah dikatakan sederhana tetapi mengikut laporan gurunya,Hadi adalah anak yang pendiam dan sering mengasingkan dirinya dari kawan-kawannya.Hadi juga tidak suka,kalau disuruh bermain atau melakukan exercise.Sekiranya diminta menjawab soalan di dalam kelas,Hadi akan berdiri,tetapi akan hanya diam dan tidak menyebut apa-apa.

Ramai anak kita mengalami masalah seperti Hadi kerana Hadi telah dibesarkan didalam keadaan yang sering menyebabkan dia takut,tidak tenteram.Rasa “takut” adalah satu rasa yang mungkin kita semua telah alami.Ada beberapa perkara yang orang seperti Hadi takutkan iaitu:-

- takut cedera;
- takut gagal;
- takut menyinggung perasaan orang lain;
- takut rasa tidak disayangi atau ‘rejection’;
- takut kepada keadaan seperti tidak ada wang,takut dipukul,takut dikurung,takut
tidak ada makan,takut malu.

Semua perasaan yang ada pada Hadi sekarang adalah hasil dari pengalamannya dari kecil lagi yang telah Hadi alami berulang kali.


TAKUT CEDERA

Perasaan takut cedera ini wujud kerana mungkin waktu Hadi kecil,dia sering jatuh atau terlanggar barang-barang didalam laluannya dan dengan itu cedera dan kadang-kadang jatuh dan kecederaan ini bukan sahaja dikaitkan dengan rasa sakit tetapi juga dengan marah atau kena pukul.


BAGAIMANA KEADAAN INI BOLEH DIATASI

Ibu Ayah,Guru dan orang yang dekat dengan Hadi boleh membantunya,kerana Hadi baru sahaja berumur 10 tahun – rebung masih lagi belum menjadi buluh keras dan masih boleh dilenturkan.

* Pertama,pulihkan balik keyakinan diri Hadi dengan mewujudkan ‘bonding’ atau hubungan Ibu Ayah – Anak yang ikhlas,mesra dan total.Satu cara yang baik sekali ialah dengan sentuhan fizikal gosok kepalanya,usap atau peluk – yang mesti dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan khusyuk.”Bagaimana boleh saya mulakan – kerana Hadi telah besar dan mungkin terasa malu;saya pun rasa malu hendak memeluknya,kerana saya jarang sekali memeluknya”,tanya ibu Hadi.

Soalan ini adalah soalan yang biasa ditanya oleh Ibu Bapa.Anak belajar kerana otaknya belajar,dan otak sangat senang memaafkan.Dengan itu Ibu Ayah boleh memberitahu Hadi,”Hadi,Ibu dan Ayah baru sahaja belajar bahawa adalah amat penting Ibu dan Ayah memeluk Hadi,dan memberi Hadi kasih sayang yang ikhlas dan tanpa syarat.Ibu dan ayah memeluk Hadi dan minta maaf atau kesalahan Ibu Ayah selama ini.

Mengikut pengalaman kami di NURY,ada anak yang mungkin menolak apabila hendak dipeluk.Sekiranya ini berlaku Ibu Ayah mestilah meneruskan usaha ini,sehingga anak menerima pelukan dan memeluk balik Ibu dan Ayah.

* Kedua,tentukan anak tidak ada masalah ‘dyslexia’ yang menyebabkan anak tidak dapat menumpukan penglihatannya dan dengan itu tidak dapat membezakan lantai yang tinggi,rendah dan dengan itu senang jatuh.Sekiranya anak ada masalah ‘dyslexia’ penglihatan,matanya biasanya juling-juling air.Anak kadang-kadang tulis terbalik.

Anak yang ‘dyslexia’ juga mengalami keadaan yang diberi nama gayat-iaitu takut memanjat,takut menyeberang jambatan,takut naik escalator,takut naik lif dan lain-lain.Keadaan ‘dyslexia’ ini dapat diatasi dengan menggalakkan anak membuat latihan menjulur,merangkak dan membuat latihan seperti melompat,skipping dan forward roll.

* Ketiga,tentukan anak tidak ada masalah ‘dyslaterality’.Masalah dyslaterality ini amat senang dikesan dikalangan anak-anak seperti Hadi.Cuba perhatikan cara Hadi menggerakkan tangan,kaki,mata dan telinganya.Ada anak yang menggerakkan tangan kanannya untuk menulis,melukis,menggosok kain,menuang air ke dalam gelas,makan,minum,menjahit tetapi menggunakan kaki kirinya untuk menyepak bola dan mungkin mata kirinya untuk menggunakan kamera dan mungkin pula telinga kanannya untuk mendengar sesuatu dengan sebelah telinganya.Sepatutnya kita lebih kerap menggunakan tangan kanan,kaki kanan,mata kanan,telinga kanan atau sebaliknya,yang menunjukkan otak yang kanan atau otak yang kiri lebih berkuasa.Apabila bercampur dan semasa buat ini,anak sering dalam keadaan kelam kabut.

Bagaimana mengatasi keadaan ini :

- Anak digalakkan banyak menjulur dan merangkak.
- Tentukan tidak ada masalah mata atau telinga (nanah atau tahi telinga)

* Tentukan anak tidak mengalami alahan kepada makanan.Alahan boleh menyebabkan keadaan ‘dyslexia’ atau ‘dyslaterality’


Gula pasir,kopi,teh,coklat,tepung gandum dan susu merupakan bahan-bahan makanan yang dimakan setiap hari-yang boleh menyebabkan alahan.Makanan dan minuman ini elok dielakkan sama sekali.

Buah-buah dan sayuran yang mengandungi acid salicylic yang boleh menyebabkan alahan seperti buah-buah yang diimport(epal,pear,oren,anggur dan lain-lain) dan buah-buahan tempatan seperti tembikai yang harus dielakkan.Antara sayur-sayur yang boleh menyebabkan alahan tomato,timun,kacang bendi,terung dan ubi kentang.


BOLEHKAH MASALAH INI DIELAK?


Tentu sekali boleh dengan menentukan otak Hadi dibangunkan dari kecil lagi dengan:

- exercise yang tepat;
- oksigen yang cukup;
- simulasi yang cukup dan tepat;
- keadaan emosi yang rambang;
- makanan dan minuman yang sesuai;
- keadaan kesihatan yang sesuai.

Antara latihan yang boleh menghasilkan kemampuan anak supaya tidak gayat dan boleh menumpukan penglihatan,ialah menjulur,merangkak,lompat,trampoline,forward roll,backword roll dan logroll.

Sunday, December 6, 2009

MENGAPA DI NURY KAMI PERCAYA "ANAK ISTIMEWA" BOLEH DIPULIHKAN


Selama hampir dua puluh lima tahun kami melaksanakan program NURY, kami amat yakin dan percaya bahawa anak ‘normal” boleh dicemerlangkan dan anak istimewa boleh dipulihkan kerana ramai anak-anak yang sedemikian telah berjaya dibawa oleh ibu bapa mereka. Dengan izin Allah, pulih dan balik ke alam manusia. Selalunya yang telah menjejak tempat Universiti dan ada pula yang cukup cekap selalunya boleh membantu menguruskan syarikat ayah atau keluarga mereka.

Apa yang penting sebagai orang Islam, kita percaya bahawa “tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya dan tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaiannya”. Yang penting sekali Allah SWT telah menganugerahkan kita fitrah atau potensi untuk setiap anak manusia, tidak kira ditahap mana dia bermula dengan fitrah atau potensi, melalui baka manusia (baka homo sapiens) untuk dibangunkan menjadi manusia pada erti kata yang sebenarnya.

Waktu saya belajar di Universiti dalam Ilmu Kedoktoran dan seterusnya bertugas di hospital di Kementerian Klinikal sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak dan seterusnya sebagai Ketua Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara. Segala ilmu yang saya perolehi membawa kearah yang negatif kepada orang-orang yang cacat atau terencat akal yang sekarang diberi nama orang kurang upaya atau OKU. Semua orang berkata mereka tidak boleh dipulihkan dan ibu bapa mesti menerima hakikat ini. Saya tidak percaya dengan amalan ini dan dengan itulah sampai sekeliling dunia. Saya mencari ilmu ini setelah saya bertemu dengan Dr Glenn Doman dan Institut Pembangunan Potensi Manusia di Philadelphia, Amerika Syarikat..

Waktu saya mula bertemu Dr Glenn Doman, beliau telah melaksanakan program anak istimewa dan anak cemerlang ini hampir 20 tahun. Saya kagum dengan kejayaan ini dan mahu beliau mengajar saya. Sekarang NURY hampir mencecah usia 22 tahun Julai 2006 ini dan Institut Pembangunan Potensi Manusia akan 51 tahun, May 2006 ini. Mengapa ramai lagi orang yang tidak percaya dan malahan mentertawakan kami dan kadang-kadang menyindirkan pula?? Tetapi lagi ramai ibu bapa yang telah di anugerah dengan anak seperti ini, mereka akan berusaha juga mencari apa jua rawatan yang akan memulihkan anak mereka. Alhamdulillah rupanya ramai orang yang mempunyai sikap terbuka dan kadang-kadang dari jauh mereka datang mencari kami. Mereka yang membaca artikel dalam majalah ini juga telah ramai menghubungi kami. Terima kasih Majalah Mingguan Wanita. Dengan itu, perkara pertama yang menyakinkan kami ialah bagaimana kami merawat anak ini dengan menggunakan ibu bapa mereka dan ahli keluarga sebagai pendidik utama dan pertama.

Sebab kedua, kami yakin anak-anak ini boleh dipulihkan iaitu kami yakin sekali dengan anugerah Allah s.w.t kepada manusia iaitu fitrah di alam baka manusia yang telah ditetapkan bahawa setiap anak manusia boleh diberikan sokongan menjadi khalifah di bumi Allah. (surah Attin). Ibu bapa dan ahli keluarga mesti yakin dan percaya dengan fitrah ini dan dengan itu sanggup berkorban apa jua untuk mencapai merealisasikan fitrah ini.

Apa yang mesti dipulihkan oleh ibubapa ialah ilmu dan teknologi yang tepat, betul, jelas dan tidak mengelirukan. Mereka yang telah menerokai bidang penyelidikan tentang baka manusia, ilmu neurofisiologi dan ilmu sains orthomolecular manusia telah mengesahkan bahawa pembangunan anak manusia adalah pembangunan otak dan system sarafnya, dan kapasiti yang telah dianugerah oleh Allah s.w.t kepada manusia melebihi kemampuan yang mencapai tahap Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Malah sekiranya sebelah otaknya telah cedera oleh apa jua sebab, ada sebelah lagi yang boleh dibekalkan oleh ibubapa dengan faktor-faktor yang boleh mengatasi kecederaan otak.

Bayangkan satu otak manusia boleh diisi dengan maklumat 125,000,000 kali ganda bahan-bahan yang ada dalam encyclopedia Britannica atau World Book. Ini wujud dari anak ini 3 bulan dalam kandungan iaitu dari saat roh lagi ditiup kedalam jasadnya pada umurnya 120 hari dalam kandungan.

Tapi apa yang mengkagumkan kami ialah dalam era yang sedang membangun dengan pesat ini, di mana manusia ramai yang materialistic atau kebendaan, wang ringgit, rumah yang indah, kereta yang mahal.Rupanya ramai lagi yang masih sayangkan anak mereka dan sanggup cahaya mata anugerah Allah s.w.t kepada mereka itu, di bawa balik ke alam manusia.

Kadang-kadang saya pernah disoal mengapa kedua ibu bapa mesti ikut kursus kami dan tahu bagaimana hendak mendidik anak-anak kami. Terasa bodoh pula!!!.Saya dulu begitu juga, kalaulah saya tahu ilmu ini waktu saya membesarkan anak-anak saya dulu alangkah baiknya.Tetapi anak-anak saya lebih bertuah kerana boleh menggunakan ilmu ini untuk mendidik cucu-cucu saya insyaAllah.Tetapi arwah ibu dan ayah saya pula tidak ada ilmu ini, tetapi secara warisan telah diturunkan ilmu mendidik anak, sehingga saya menjadi saya.

Umpamanya, berapa orang ibu dan ayah menimang anak kecil mereka sebelum pergi kerja dan menyanyi?:
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Belum tumbuh gigi,
Dah pandai baca kitab.

Masalahnya kita tidak tahu dan waktu pagi lagi kita terkejar-kejar untuk pergi bekerja.Di waktu pulang pula, kita sudah letih dan anak-anak pula sudah tidur.

Ayah dan ibu saya dulu jarang sekali bercakap dengan perkataan yang negatif seperti:
“ anak demam” arwah mak akan berkata “anak itu bukan demam” tetapi nak melangkah setapak lagi. Kalau anak itu memanjat dan jatuh dia ulang sekali ayat anak itu jahat atau nakal tetapi perkataan yang digunakan “kes semulajadi” kerana perkataan-perkataan yang negatif itu dianggap sebagai semulajadi.

Jadi sekiranya orang “OKU” terus dilabel “OKU” mereka akan “OKU” lah semasa hidupnya.Malah dengan ilmu dan teknologi yang telah memberi kejayaan kepada anak-anak istimewa, kami telah menggunakan ilmu dan teknologi yang sama untuk orang dewasa yang diserang angin ahmar dan lain-lain penyakit kronik termasuk kanser.

Saya dan NURY masih belum diterima orang secara menyeluruh.Apa sebabnya? Saya pun tidak tahu.Mungkin belum sampai masanya lagi. Tetapi insyaAllah saya dan NURY akan terus berusaha. Dengan ramai lagi pembacaan majalah ini ramai lagilah yang akan mengenali NURY dan mencari kami di Bukit Antarabangsa ini.

MENGAJAR ANAK MENIPU?

Menipu, kenapa anak menipu dan dari mana ia belajar menipu. Ini satu persoalan yang kita perlu bincangkan bersama dan perlu kita ambil perhatian.

KENAPA ANAK MENIPU?

Anak mula menipu kerana sebab-sebab tertentu. Di antaranya ialah:

Kerana takut tidak diterima (disapproval)
Kerana takut menghampakan orang lain, lebih-lebih lagi ibu dan ayah, atuk dan nenek
Kerana takut dihukum, dimarahi dan sebagainya

Situasi seperti ini mungkin sering berlaku;

“Adi, jangan la menangis sayang. Ibu dan Ayah hendak pergi kerja. Sekarang senyum dan tinggal baik-baik. Emak dan ayah suka dan sayang ada Adi kalau senyum macam ini.”

Jika ini diulang setiap kali Ibu dan ayah hendak pergi ke mana-mana sahaja tanpa membawa Adi bersama, Adi akan membuat keputusan;

Untuk mendapatkan kasih sayang Ibu dan Ayah, saya mesti berhenti menangis dan senyum.

Menangis adalah tanda lemah dan akan menyebabkan ibu dan ayah marah. Dengan itu, saya tidak akan menangis.

Adi tidak menangis lagi sungguhpun kadang kala sebak menahan perasaannya tetapi takut untuk menangis. Dia juga akan memaksa dirinya senyum walaupun ia tidak merasa ingin tersenyum dan dengan ini dia telah mula menipu.

Cara yang lebih baik ialah dengan ibu dan ayah menerangkan situasi dengan jelas dan tepat kepada anak

“Sayang, ibu dan ayah hendak pergi kerja. Adi kecil lagi dan dengan itu tidak dibenarkan mengikut emak dan ayah bekerja. Adi tinggal di rumah dan boleh bermain, boleh makan, boleh baca buku, dan juga boleh tidur. Nanti, jam 6 atau 7, Insya Allah, ibu dan ayah akan pulang.”

Dengan kata-kata begini, ucapkan salam dan ajar anak bersalam dan menyambut ucap salam itu. Cium dan peluk ia dengan khusyuk dan terus pergi tanpa menyebut “Jangan menangis, senyumlah sedikit” dan lain-lain.

Mungkin bagi kita, ibu dan ayah, adalah berat untuk meninggalkan anak yang sedang menangis. Anak menangis itu sekejap sahaja, lepas kita pergi, dia akan pulih dan sekiranya orang yang menjaga itu baik, terlatih dan sabar, anak akan terus merasa selamat dengannya.

Ibu dan ayah juga perlu membiasakan balik menemui anak secepat yang boleh. Jangan berlengah-lengah ke tempat lain. Jika terlambat oleh sebab perkara-perkara atau situasi yang tidak dapat dielakkan, eloklah menelefon anak dahulu atau memberitahunya sebelum meninggalkannya pada waktu pagi tadi.

Jika terlambat, jangan membiasakan membeli barang atau makanan sebagai hadiah untuk menggantikan kita. Jika kita mungkir janji dengan cara yang tidak kita sedari, kita juga telah mengajar anak kita menipu.

Situasi seterusnya; “Ain, sayang adik tak?” Ibu bertanya kepada anaknya yang berusia tiga tahun dan meletakkan adiknya yang berusia satu bulan ke atas riba kakaknya. “Tak sayang.” Jawab Ain menolak adiknya. “Eh, berdosa Ain tak sayang adik. Ain mesti sayang adik tau. Adik ini pun anak ibu juga”. Ibu Ain menjawab agak serius dan dukacita.

Apabila ini diperkatakan setiap hari dan apabila Ain memahami jawapannya tidak menggembirakan emaknya, dia akan membuat keputusan “saya akan jawab apa yang ibu mahu saya jawab” tetapi di dalam otak kecilnya masih berkata “tak sayang”.

Ini bermakna apabila Ain ditanya lagi soalan itu, dia akan menjawab “ Tentulah sayang ibu” tetapi sebenarnya dia belum lagi rasa sayang kepada adiknya dan ini bermakna dia telah mula menipu.

Bagaimana pula berhadapan dengan situasi ini.

Ain seharusnya telah diberitahu tentang ketibaan adiknya sejak dari dalam kandungan lagi. Ain juga digalakkan bercakap dan berhubung dengan adiknya dari dalam kandungan lagi. Malahan Ain boleh diberi penghormatan bersama-sama mencadangkan nama adiknya. Pendekatan bonding dengan adiknya ini boleh dibuat setiap hari.

Sekiranya ibu akan bersalin di hospital atau di klinik, Ain mestilah diberitahu tujuan ibunya ke hospital, di mana ibu akan melahirkan adik serta aan membawa adik itu pulang ke rumah.

Adalah baik jika pergi ke klinik atau hospital yang membenarkan suami dan anak-anak lain berada bersama semasa ibu hendak melahirkan anaknya. Dengan cara ini, Ain dapat ditemukan dengan adik barunya, sebaik sahaja adik dilahirkan.

Ain juga boleh bersama mengambil bahagian, membuat apa sahaja persediaan untuk menerima adik barunya seperti memilih baju, lampinnya, dan lain-lain lagi. Ain juga boleh mengambil bahagian menjaga adiknya seperti pergi mengambil lampin adik atau membantu menyapukan krim dan lain-lain.

Sambil ibu sibuk dengan adik baru, aktiviti Ain membaca, menulis, dan membuat sesuatu mesti diteruskan supaya Ain tidak rasa ketinggalan. Ayah juga perlu memainkan peranan membantu ibu.

Sekiranya ibu dan ayah menyediakan Ain sepenuhnya untuk menerima adik, persoalan “Sayang adik tak?” tidak perlu dilafazkan kerana ibu dan ayah sudah yakin Ain sayangkan adiknya.

Itu adalah dua situasi harian yang biasa dilalui tetapi kita tidak sedar ianya dapat menanamkan bibit-biti penipuan dalam pemikiran anak-anak. Berhati-hatilah dalam berkata-berkata dalam kehidupan kita seharian kerana mungkin secara tidak sengaja, kita telah mengajar anak kita menipu.